Guru Tingkatan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEMOP
D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DARO
96200 DARO
SARAWAK

 


               
                                   
    Email :   smksemop@yahoo.com.my
               










PANDUAN
PENGURUSAN KELAS
SENARAI JAWATANKUASA YANG DIANGGOTAI

PENGERUSI                        : Lo Liat Ling                                     (Pengetua)
TIMBALAN
PENGERUSI                        : Mohamad Esmandi Bin Hapni    (GPK HEM)
NAIB
PENGERUSI 1         :                                                           (GPK KK)
NAIB
PENGERUSI 2         :  Yusop Bin Hj Omar                       (GPK P)
 SETIAUSAHA         : Guru Penyelaras Bagi Tugas Berkaitan  
AHLI
JAWATANKUASA   : Guru-guru Tingkatan
DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)

1.0       PETIKAN AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550) 
BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa: 
DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat: 
DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik: 
DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dansegi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia: 
DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut:“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”:
DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atasakan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaandan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yangakan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara: 
DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing: 
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: 
“Murid” ertinya seseorang tanpa mengira umurnya yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan;           




2.0       PENGENALAN 
Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu pengurusan sekolah. Ini bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan. 
Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan murid dan masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pentadbir sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pentadbir sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Ini kerana murid-murid merupakan aset negara masa depan. Jatuh bangunnya negara bergantung kepada kualiti tenaga manusia yang dihasilkan oleh pendidikan. Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri institusi yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik.  

3.0       OBJEKTIF DASAR 
3.1       Menyeragamkan Dasar Pengurusan HEM di sekolah.
3.2       Sebagai dokumen panduan untuk menangani isu-isu pengurusan HEM di sekolah.
3.3       Sebagai dokumen panduan oleh pegawai HEM dalam menangani isu-isu disiplin.
3.4       Sebagai dokumen bercetak tambahan bagi Pengurusan Disiplin Sekolah yang sedia  ada terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran W.P. Labuan.   
3.5       Sebagai dokumen tambahan dalam melaksanakan Strategi 1, 2 dan 3 iaitu :       
Strategi          1:         Mencemerlangkan Sahsiah 
Strategi          2:         Mencemerlangkan Sukan 
Strategi          3:         Mencemerlangkan Kokurikulum 




4.0      DASAR PENGURUSAN KELAS 

PENGURUSAN BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID (BJKM) BAGI BULAN JANUARI
-       Menerima senarai nama murid dari Guru Besar/Penolong Kanan bagi sesebuah kelas 
-       Senarai nama mengikut abjad, (susunan murid lelaki didahulukan diikuti murid perempuan) mengandungi:
o Nama murid
o jantina
o Bilangan Sekolah
o Tarikh Masuk
o Bangsa
o Agama
o Nombor Kad Pengenalan
o Tarikh lahir
o Nombor Surat Beranak
o Umur pada 1 Jan. tahun berkenaan
o Nama ibu bapa/penjaga
o pertalian murid dengan ibu bapa/penjaga
o Alamat ibu bapa/penjaga
o No. telefon ibu bapa/penjaga
o Pekerjaan ibu bapa/penjaga 

-       Mendapatkan Nombor Bilangan Sekolah daripada buku Daftar Kemasukan Sekolah bagi murid Tingkatan1 dan Jadual Kedatangan Murid tahun sebelumnya bagi murid Tingkatan2 – 5.
-       Membuat semakan nama murid supaya sama ejaan dalam Kad Pengenalan bagi memastikan susunan abjad yang betul.
-       Semak semua butiran bagi tiada berlaku kesilapan. 
-       Menyalin senarai nama dan maklumat diri pelajar ke dalam JKM sebenarnya.
-       Menandakan kedatangan harian.
-       Memenuhkan senarai nama mengikut abjad dalam ruang Ringkasan Yuran- yuran dan mendapatkan nombor resit yuran daripada Kerani Kewangan di pejabat.
PENGURUSAN BUKU KEDATANGAN MURID (JKM) BAGI BULAN FEBRUARI HINGGA DISEMBER
-       Pada akhir bulan, pastikan semua ruang diisi, dijumlahkan dan dipindahkan ke bulan hadapan. 
-       Memastikan nama murid dipindahkan pada akhir bulan sebelumnya. 
-       Sekiranya ada murid yang baru masuk, atur semula senarai nama mengikut abjad, (susunan murid lelaki didahulukan, diikuti murid permpuan). 
-       Buku JKD diambil daripada pejabat pada setiap pagi pada waktu pertama. 
-       Guru Kelas menandakan kedatangan murid.
-       Jumlahkan kedatangan harian:
o jumlah murid yang tidak hadir
o jumlah murid yang hadir
o jumlah murid sepatutnya dalam kelas 
-       Menyerahkan buku JKM ke pejabat pada waktu kedua.
-       Pada akhir bulan:
o jumlahkan murid tidak hadir dalam bulan berkenaan
o jumlahkan murid tidak hadir sehingga bulan berkenaan
o jumlahkan bilangan hari murid hadir sehingga bulan berkenaan
o jumlahkan bilangan hari sepatutnya hadir dalam bulan berkenaan
o jumlahkan bilangan hari sepatutnya hadir sehingga akhir bulan
berkenaan
o menulis jumlah kedatangan sebenar nya dalam ruang Ringkasan
o menulis jumlah kedatangan sepatutnya dalam ruang Ringkasan
o menulis peratus kedatangan o menulis hitung panjang kedatangan
o menulis bilangan murid yang masuk
o menulis bilangan murid yang keluar
o menulis bilangan murid pada akhir bulan
o menulis hitung panjang ramai murid
o tandatangan Guru Kelas 
-       Dalam ruang Analisa kedatangan:
o lengkapkan ruang bangsa mengikut jantina danmenjumlahkannya
o tandatangan ruang berkenaan 

-       Dalam ruang ringkasan Yuran, dapatkan nombor resit bayaran daripada pejabat dan catatkannya selari dengan murid berkenaan 
-       Selepas mengemaskini maklumat di atas:
o salin nama murid dalam bulan berikutnya
o menulis bilangan hari belajar dalam dalam ruang “Banyak hari belajar
   dalam bulan lepas”
o menulis jumlah hari tidak hadir dalam ruang “Jumlah Bilangan Tidak
    Hadir”
-       Sebelum menyerahkan Buku Jadual Kedatangan Murid ke pejabat, pastikan:
o semua butiran dalam bulan Januari hingga Disember telah dilengkapkan
o semua nombor resit yuran dan pembayaran lengkap kemaskini
o semua ruang dalam Analisa Kedatangan Setahun lengkap dan ditandatangani.
-       Menyerahkan buku JKM  ke pejabat pada Hari Akhir Persekolahan.

4.1  Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)
a)         Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama    persekolahan (Januari). 
b)         Menandakan BJKM pada setiap hari persekolahan sebelum pukul 8.00 pagi. Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang datang lewat dikira sebagai hadir. Bagaimana pun, sekolah perlu menyediakan rekod nama, kelas, masa tiba dan sebab kelewatan untuk tujuan nasihat dan tindakan penambahbaikan.
c)         BJKM hendaklah ditandakan seperti simbol-simbol berikut: 

Bil
Simbol
Maksud
1
/
Murid hadir
2
O
Tidak hadir tanpa sebab
3
S
Tidak hadir kerana sakit (dengan dokumen sokongan)
4
K
Bersebab yang telah diberi kebenaran oleh Guru Besar /Pengetua (dikira tidak hadir)
5
L
Murid lewat ke sekolah (tanda dalam bulatan dan murid dikira hadir)
6
W
Murid mewakili sekolah (tanda dalam bulatan dan murid dikira hadir)
7
G
Murid digantung persekolahan (tanda dalam bulatan dan murid dikira tidak hadir) 

d)         Guru Kelas bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan, kekemasan dan keselamatan Buku Jadual Kedatangan. Cecair pemadam tidak boleh digunakan. Segala kesilapan hendaklah dipotong dan ditandatangani ringkas. Pena mata bulat dakwat hitam sahaja digunakan dalam jadual kedatangan dari awal hingga akhir.
e)    Semua BJKM hendaklah sentiasa berada di pejabat sekolah untuk memudahkan Penolong Kanan (HEM) merekodkan dan menganalisis data kehadiran murid.
f)          Guru Kelas akan memasukkan data kehadiran murid ke dalam Sistem e-Kehadiran secara atas talian (on-line) sebelum pukul 9.00 pagi setiap hari persekolahan.
g)    BJKM hendaklah ditutup tidak lewat dari 5 haribulan tiap-tiap bulan berikutnya. 
h)        Sekiranya Guru Kelas tidak hadir bertugas di sekolah kerana berkursus / mesyuarat / bengkel / cuti, tugas mengambil dan merekod kehadiran murid diambil alih oleh Ketua Tingkatan / Penolong Ketua Tingkatan dengan menggunakan borang rekod kehadiran murid yang boleh didapati di Pejabat Am. Borang ini haruslah diserahkan kembali ke Pejabat Am untuk direkod dan diambil tindakan.
i)          Semua surat yang berkaitan dengan murid seperti sijil sakit, surat ibu bapa /penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran murid, salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah hendaklah disimpan di dalam Fail kelas mengikut pembahagian bulan.


4.2       MURID “BUKAN WARGA NEGARA” (MBWN)
4.2.1     Bagi murid “Bukan Warga Negara” (MBWN), Yuran Warga Asing sebanyak RM120.00 bagi sekolah rendah dan RM240.00 bagi sekolah menengah setiap tahun wajib dibayar di Unit  Akaun Jabatan Pelajaran Sarawak terlebih dahulu sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit bayaran mesti ditunjukkan kepada PK HEM. Setiap MBWN juga dikenakan bayaran tambahan mengikut arahan Pendaftar Sekolah.
4.2.2     Rujuk Sektor Pengurusan Sekolah - surat kebenaran sekolah bagi bukan warga 


4.3       FAIL PERIBADI MURID
4.3.1   Semua murid yang berdaftar di sekolah wajib mempunyai fail ini.  Fail ini boleh didapati di koperasi sekolah.
4.3.2   Nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Kelas hendaklah ditulis pada helaian pertama fail. Setiap fail hendaklah dilekatkan gambar murid (ukuran passport).
4.3.3   Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, keputusan Peperiksaan Dalaman, slip keputusan peperiksaan awam yang berkaitan (UPSR, PT3, SPM) disimpan dalam fail ini. Manakala Buku Rekod Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan disimpan di Bilik Kesihatan.
4.3.4   Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahan atau bertukar sekolah.
4.3.5   Semua fail perlu disimpan dalam ‘loker’ berlabel di bilik bilik Bimbingan & Kaunseling.
4.3.6   Semua surat yang berkaitan dengan murid seperti sijil sakit, surat ibu bapa /penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran murid, salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah yang dikeluarkan disimpan dalam fail ini pada akhir tahun setiap sesi persekolahan.
4.3.7   Fail kelas akan disemak pada setiap akhir bulan oleh PK HEM. PK HEM akan menyediakan dokumen penyemakan fail kelas (senarai semak). 


4.4       PENDAFTARAN MURID BARU
4.4.1   Guru Kelas menerima murid baru daripada PK HEM. (Status kewarganegaraan   telah dikenal pasti oleh PK HEM terlebih dahulu).
4.4.2   PK HEM hendaklah memastikan Borang Maklumat Murid (Borang SMM)   dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga pada masa itu juga. Jika murid membawa   bersama SMM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini.
4.4.3   Guru Kelas akan memasukkan data murid-murid baru.  Bagi murid asal, guru-guru hanya mengemaskini data SMM yang telah dibuat dan menyerahkan ‘hard copy’   kepada guru SMM / guru data. 
4.4.4   Guru kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk   biasiswa / bantuan dan melaporkan kepada Guru Biasiswa / Guru Kebajikan.
4.4.5   Guru Kelas perlu selalu mengambil inisiatif mengenal pasti murid berkeperluan khas   dan yang memerlukan bantuan khas (anak yatim, murid miskin, oku dll), serta   melaporkan kepada PK HEM untuk tindakan lanjut.
4.4.6   PK HEM perlu mendapatkan laporan disiplin, Ujian Lisan Berasaskan Sekolah   (ULBS), Penilaian Kemahiran Amali (PEKA), Folio Kemahiran Hidup, Penilaian   Amali Fardu Ain (PAFA), Petaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan lain-lain   berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu jika tidak dibawa bersama semasa   mendaftar. Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam fail murid dan satu   salinan dokumen berkenaan hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran.



4.5       MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH
4.5.1   PK HEM perlu memastikan surat setuju terima diperolehi dari sekolah yang dipohon sebelum mengeluarkan Borang Jadual Ketiga ( yang telah dilengkapi ) kecuali pertukaran antara negeri / wilayah dan surat perakuan ibubapa/penjaga. (Rujuk SPS) - masalah pertukaran ke luar negera – Rujuk SPS
4.5.2   Guru Kelas perlu mencatatkan maklumat / butiran perpindahan dalam BJKM kelas.
4.5.3   Bagi pertukaran keluar dari negeri Sarawak, PK HEM perlu memastikan semua buku teks telah dipulangkan (diluar zon-rujuk SPBT) dan senarai judul buku yang dipulangkan diserahkan kepada Guru SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut (permohonan hapus kira, bayaran, bekalan baru dll). Maklumat bantuan yang diterima murid.
4.5.4   Untuk pertukaran dalam negeri Sarawak, Guru SPBT merekodkan judul buku yang akan   dibawa ke sekolah baru untuk rekod dan   tindakan lanjut.
4.5.5   Semua fail yang berkaitan dengan murid perlu diserahkan kepada murid untuk rujukan pihak sekolah baru kecuali fail sulit akan dihantar ke sekolah baru.
4.5.6   Sijil Berhenti Sekolah hanya diberikan kepada murid Tahun 6, murid Tingkatan 3 yang diterima masuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Berasrama Penuh atau ke mana-mana institusi pendidikan bukan dibawah KPM, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas, serta murid yang telah lama berhenti sekolah dengan kerelaan sendiri untuk tujuan mencari pekerjaan. Bagi kes berhenti sekolah, Sijil Berhenti Sekolah hanya dikeluarkan jika permohonan menyertakan dokumen sokongan daripada ibu bapa/ penjaga jika berumur kurang daripada 17 tahun. (murid bukan warga – rujuk SPS)
4.5.7   Merujuk Dasar Pendidikan Wajib pihak sekolah tidak dibenarkan mengeluarkan sijil berhenti sekolah selain yang dinyatakan dalam perkara 4.5.6 selagi murid itu berada dalam lingkungan umur pendidikan wajib.     


4.6       PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS
4.6.1   Guru Kelas boleh melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada:  
·         Ketua Kelas
·         Penolong Ketua Kelas 
·         Bendahari 
·         AJK Kebersihan 
·         AJK Keceriaan 
·         AJK Keselamatan 
·         AJK SPBT

4.6.2   Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut:
·         Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas 
·         Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan Kelas 
·         Jadual Tugas Kebersihan - ditampal pada papan kenyataan kelas.
·         Pelan kedudukan kelas - ditampal di atas meja Guru
·         Inventori Kelas    - ditampal pada pintu
·         Moto kelas     - ditampal pada papan kenyataan kelas. 
·         Misi & Visi Sekolah, Moto Sekolah, Maklumat Mata Pelajaran, Artikel Berinformasi & isu semasa hendaklah ditampal pada papan kenyataan kelas.
·         Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam /papan putih, penyeduk sampah, bakul sampah dan sebagainya hendaklah disediakan dan disimpan di tempat yang sesuai.
·         Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran hendaklah dipamerkan.
·         Sudut Bahan Bacaan hendaklah disediakan di tempat yang bersesuaian.
4.6.3   Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan tulis (kanan / atas) atau di tempat yang mudah dilihat.
4.6.4   Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan semua   kerusi dan meja mencukupi dan telah diberi nombor siri.  Perabot yang telah rosak hendaklah diganti dan dibawa turun untuk disimpan di dalam stor peralatan     sekolah. 
4.6.5   Kebersihan kelas: 
·         AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan.
·         Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan.
·         AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja murid  dan bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.
·         Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan kerusi dan meja dalam keadaan kemas dan teratur.
·         Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum meninggalkan kelas.
·         Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu kelas ditutup.
4.6.6   Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi         tanggungjawab ketua kelas untuk melaporkan kepada guru kelas jika hilang atau rosak.    
4.6.7   Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut: 
·         Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
·         Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbir.
·         Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas.        


4.7       DASAR PENGURUSAN DISIPLIN
4.7.1   Ponteng Sekolah 
·         Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.
·         Guru Kelas hendaklah menandakan “0” dalam BJKM kelas.
·         Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:  
Tindakan
Ponteng Berterusan
Ponteng Berkala/ Tidak Berterusan
Amaran I
3 hari berturut-turut
10 hari
Amaran II
7 hari selepas surat Amaran I
10 hari selepas Surat Amaran I
Amaran III
7 hari selepas surat Amaran II
20 hari selepas Surat Amaran II
Buang Sekolah
14 hari selepas surat Amaran III
20 hari selepas Surat Amaran III
Jumlah Keseluruhan
31 hari
60 hari


·         Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh:  
§  Amaran 1 Ditandatangani oleh GPKHEM  
§  Amaran 2 Ditandatangani oleh GPKHEM  
§  Amaran 3 Ditandatangani oleh GPKHEM  
§  Buang Sekolah Ditandatangani oleh Pengetua.
·         Salinan 1 adalah untuk ibu bapa/penjaga, salinan 2 untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Ponteng (Pejabat) dan salinan 3 untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru Kelas. 
·         Surat Buang Sekolah diisi dalam 4 salinan dan ditandatangani oleh Pengetua.   Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan Murid untuk surat-surat seperti berikut: AP: Amaran Pertama AK: Amaran Kedua  AT: Amaran Terakhir  BS: Buang Sekolah 
·         Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut hendaklah dipatuhi:  
§  Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing.  
§  Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan Pengetua / GPKHEM terlebih dahulu.  
§  Selepas Amaran 3, murid mestilah datang kesekolah bersama-sama ibu bapa/penjaga dan berjumpa dengan pengetua. Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat aku janji.
§  Selepas Buang Sekolah, murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak PPD dan JPN. 

4.7.2   Buku Kawalan Kelas (BKK)
·         Semua Guru Kelas mesti memastikan kelas mereka mempunyai BKK setiap hari.
·         Ketua Kelas akan mengambil BKK pada waktu pagi di rak hadapan Bilik GPK HEM.
·         Adalah menjadi tanggungjawab setiap Ketua Kelas untuk memulangkan BKK ke rak hadapan di hadapan Bilik GPK HEM selepas tamat waktu persekolahan setiap hari. 
·         BKK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Kelas dan diserahkan kepada guru yang masuk pada setiap waktu.
·         Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa tersebut. Bagi kelas yang bergabung seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral BKK akan dibuat secara berasingan.
·         Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/ lambat masuk kelas/ ponteng kelas semasa guru mengajar.
·         Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur sebelum menandatangani BKK. 
·         Sekiranya BKK hilang, Ketua Kelas hendaklah melaporkan kepada GPK HEM sekolah dengan segera.

4.7.3   Pas Keluar
·         Semua guru hendaklah mendapatkan pas kebenaran keluar daripada GPK HEM pada awal tahun.
·         Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan sebagainya mesti memakai pas berkenaan.
·         Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas daripada guru berkenaan atau guru yang berada dikelas sebelahnya jika tiada guru.  

4.7.4   Disiplin Murid
·         SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
·         Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin.
·         Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada Ketua Guru Disiplin atau GPK HEM.
·         Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati.
·         Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid.
·         Semua guru perlu menjadi role model – contoh teladan yang baik kepada murid-murid.

4.7.5   Kawalan /Tanggungjawab Guru
·         Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini diangap sebagai satu usaha bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang individu. (Amalan Budaya Penyayang)
·         Guru hendaklah memahami dan mengenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah disiplin dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama.
·         Jangan memulakan proses Pembelajaran dan Pengajaran jika murid-murid tidak memberi tumpuan atau sedang bising dan bercakap sesama sendiri.
·         Jangan membiarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas.
·         Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan melaporkan kepada pentadbir sekolah untuk mengambil tindakan lanjut.
·         Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebab-sebabnya dan ambil tindakan yang sewajarnya.


4.7.6   Dasar Umum Disiplin
·         Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada setiap hari. Peraturan sekolah perlu difahami dan dipatuhi.
·         Setiap murid wajib memiliki buku nota dan wajib dibawa bersama sewaktu perhimpunan.
·         Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan.
·         Penerangan dan penjelasan mengenai peraturan disiplin sekolah juga disampaikan kepada murid-murid dari semasa ke semasa.

4.7.7   Pemeriksaan Mengejut
·         Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir.
·         Guru disiplin/guru bertugas bersama guru kelas atau guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas akan menjalankan pemeriksaan mengejut dengan disaksikan oleh murid berkenaan. 
·         Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru berkenaan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan di dalam almari berkunci di bilik GPK HEM.
·         Barang larangan akan disimpan di dalam bilik GPK HEM.

·         Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut balik oleh ibu bapa/ penjaga murid sekiranya murid berkenaan berpindah sekolah atau selepas tamat Tingkatan 5.

No comments:

Post a Comment